nurinrazak137
5 tahun
Kulit kering dan gelap
Hi! Sy ada maasalah kulit saya kusam dan gelap sangat , saya jaranh main panas dan saya ad maasalh tyroid tp blum pasti maaslh sbnar tyroid saya😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi dan salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Namun begitu secara amnya, masalah tiroid tidak menyebabkan kulit gelap. Warna kulit sebaliknya disebabkan melanin yang terhasil dalam lapisan kulit. Penghasilan melanin bergantung kepada pendedahan kepada cahaya UV, genetik dan saiz melanocyte (sel yang menghasilkan melanin).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.





































