
boydelll611
5 tahun
Kulit kering dan menglupas
Hai doc Selamat pagi…sy punyai masalah kulit kering di celah perut Dh bawah breast apabila berpeluh…Berat badan saya juga obesity…apabila ter jadi demekian sy Akan Sapu krim kulit selepas 2,3 hari selepas mandi kulit kering tersebut Akan sendiri jatuh…apa punca dan rawatan yg wajar untuk sy ya doc…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah kulit di bahagian lipatan kulit anda seperti:
- Ekzema
- Jangkitan kulat
- Alahan terhadap penggunaan bahan pencuci seperti sabun mandi
- Masalah kulit kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.