
Anonymous
5 tahun
Kulit kering mengelupas
Hai doktor. Saya surirumah berusia 26tahun. Aktiviti harian saya kebanyakkannya berada di rumah tanpa matahari. Baru-baru ini kulit muka saya kering dan mengelupas sejak saya bertukar pencuci muka dari A kepada B. Sebelum ini kulit muka saya dalam keadaan baik semasa saya menggunakan produk A. Saya menukar ke produk B untuk mengurangkan kos (dimana harga produk B lebih murah) tetapi selepas beberapa hari menggunakan produk B, kulit muka saya mengelupas. Selepas itu saya berhenti menggunakan produk B dan menggunakan produk A semula. Malangnya kulit muka saya tetap menggelupas. Jadi bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah kulit mengelupas ini ye ? Untuk makluman doktor, kedua2 produk ini ialah produk drugstore. Sekian terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit muka mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit muka mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Kulit muka sangat kering
- Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai
- Alergi kemungkinan akibat penukaran pencuci muka dan sebagainya.
- Bekas luka pada kulit muka juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.