
Anonymous
5 tahun
Kulit lebih dan bernanah
Saya ingin bertanya saya mempunyai anak buah yang baru berusia 6 bulan. Anak buah saya mengalami kulit lebih di bahagian pinggul. Tapi kulit lebih itu kerap bernanah. Dan baru-baru ini dia telah membuang air besar dan isi telebih tersebut telah bernanah dan berlubang. Ia akan bernanah apabila dia membuang air besar. Keluarga kami telah hantar ke hospital dan doktor berkata ia berkemungkinan berkaitan usus.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, masalah sebegini memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut sebelum kesimpulan tentang punca masalah yang dihadapi oleh anak buah anda boleh diketahui. Saya percaya memandangkan anak buah anda telah dihantar ke hospital, para doktor di sana akan cuba merawatnya dengan sebaik mungkin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.