
Sulit
4 tahun
Kulit lengan rasa bisa tetapi tidak gatal
lengan saya seperti panau yang teruk tapi tak gatal. rasa bisa. adakah ianya masalah kulit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, kami tidak boleh membuat apa apa rumusan kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Maklumat kesihatan anda rasa bisa di lengan tidak mencukupi.
Secara amnya, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menangani masalah penyakit kulit:
- Jaga kebersihan diri secara am. Kerap mandi dan juga gunakan sabun yang sesuai dengan kulit anda
- Elakkan daripada pemakanan yang diproses
- Banyakkan makan makanan seperti sayur dan buah-buahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah kulit ini kerana mereka dapat membuat siasatan visual yang lebih tepat mengenai masalah anda demi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.