
Anonymous
5 tahun
Kulit luka pada kaki
saya 34/M/Malay, ada masalah pada kulit kaki. Nampak kawasan luka tu merekah dan sakit. makin hari makin besar kawasan luka tu. Macam eczema

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat atau kurap
- Alahan dermatitis - kulit sensitif pada kain atau kasut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.