
Sulit
4 tahun
Kulit mengelupas dan bersisik bahagian tertentu
Hi doktor sya berusia 26thn dan belom berkahwin, sya mengelami mslh kulit mengelupas dan bersisik di bahagian bawah ketiak dan alat kemaluan. Kdg2 dibelakang telinga dan kepala. Ia terjadi sejak saya diusai awal 20-an Tetapi tidak gatal… Boleh doktor tolong terangkan apa masalah saya dan ubat apa yg boleh sya dptkan? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan herpes
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.