
Sulit
4 tahun
Kulit mengelupas , telapak tangan berair secara tiba-tiba , kulit kering menyukarkan untuk merenggangkan telapak tangan
saya wanita berumur 15 tahun , saya mengalami gatal² pada telapak tangan sehingga menyebabkan kulit melecet/mengelupas apabila digaru , agak teruk sebenarnya ,hal ini terjadi sebulan sekali dan mengambil masa dalam 3/4 minggu untuk pulih.agak sukar untuk buat kerja kerana kulit yang mengelupas tu menjadi kering dan pedih apabila merenggangkan telapak tangan , tapi kadang² ade air yang keluar dari telapak tangan tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik-bintik merah pada tangan disertai dengan kegatalan dan berair. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Ekzema
- Gigitan kutu
- Gigitan serangga terbangan
- Reaksi anaphlyaxis
Semua perkara yang disebut di atas boleh menyebabkan keradangan pada kulit sehingga menjadikan bintik-bintik merah dan gatal.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan yang betul
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih