
aqi.na93
5 tahun
Kulit menjadi begitu gatal , kering dan kemerah-merahan
Saya berumur 19 tahun. Saya keliru sama ada saya menghidap penyakit kurap atau psiorisis. Boleh terangkan dengan lebih terperinci?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kurap atau nama lainnya ringworm merupakan sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada kulit manusia. Dalam dunia perubatan, kurap turut dikenali sebagai tinea. Kawasan yang sering dijangkiti termasuklah kulit kepala, kemaluan, dan kaki.
Manakala, Psoriasis adalah penyakit kulit yang selalunya bermula dibahagian kepala. Sebahagian kulit kepala akan menjadi tebal dan menghasilkan keruping berwarna putih. Apabila keruping itu tercabut, ia akan mendedahkan kulit yang berwarna kemerah-merahan.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapii.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih