
Sulit
3 tahun
Kulit menjadi gatal dan kering selepas lengkap vaksin 2 dos
Hye doktor saya sudah lengkap 2 dos vaksin sinovac…selepas genap 14 hari dos kedua kulit saya menjadi kering bertompok2…kemudian diikuti bintik2 merah seluruh badan yg amat gatal… Adakah ini disebab kan side effects vaksin tersebut atau ada permasaalahan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan daripada vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Untuk masalah kulit anda muncul bintik-bintik merah dan gatal, ia boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini