
Sulit
4 tahun
Kulit muka kemerahan
saya perempuan berusia 16 thun, muka saya jadi kemerahan, saya rasa mungkin disebabkan salah produk. apkah pencuci muka yang blh sy pakai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit muka yang kemerahan. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, secara umum, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan atau produk penjagaan wajah
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan herpes
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!