
Sulit
3 tahun
Kulit muka kering sehingga menjadi kemerahan dan bersisik di bahagian dahi, bawah mata dan hidung
Hai doctor. Muka saya mengalami masalah kulit kering sehingga bersisik dan kemerahan di bahagian dahi, hidung dan bawah mata. Kadang2 saya juga sgt gatal di bahagian dahi. Selain itu juga, ada beberapa hari di bahagian bwh mata saya menjadi bengkak/sembap. Ada hari bawah mata saya okay dan ada hari bahagian bawah mata bengkak/sembap. Apakah punca masalah tersebut dan apa yg patut saya lakukan. Saya sudah cuba utk mengunakan pelembap tetapi masalah yg sama timbul. Adakah saya perlu menukar pelembap yg lebih bagus? Sekian terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kekhuatiran dan ketidakselesaan anda berkenaan maslaah kulit pada dahi, hidung dan bawah mata anda. Anda juga ingin mengetahui langkah yang sebaiknya diambil bagi mengatasi masalah ini. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala permukaan kulit wajah yang kering dan bersisik boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:
- cuaca sejuk
- udara kering
- pendedahan kepada bahan kimia yang keras dalam sabun atau produk lain
- mencuci kulit secara berlebihan
- kadar pH kulit yang tidak seimbang
Namun begitu, gejala-gejal terebut juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- psoriasis
- eczema
- malar rash
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dalam mengenal pasti langkah yang terbaik, serta merujuk ke doktor pakar kulit sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.