
eynafatinah
5 tahun
Kulit muka saya kering mengelupas Dan luka
Saya berumur 28 tahun. Saya tak tahu sama ada product sya pkai me buat kulit muka sy merah mengelupas Dan Luka. Pedih kdg2 bila pkai skincare. Skincare jgk sy da tkr. Tp ttp sama kering mengelupas Di bhgian bwh mata… Area pipi Sgt teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sensitif kepada produk kulit
- produk tidak sesuai
- Alahan
- Kulit muka terlalu kering
- Sesetengah produk boleh menggelupaskan kulit
- Luka boleh menggelupaskan kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.