
Sulit
5 tahun
Kulit muka sensitif
Saya nak tanya apakah nama ubat yang diberi oleh doktor kepada pesakit yang mengalami sunburn, gatal dan merah-merah (Krim ubat yang memberi efek sejuk). Soalan kedua, adakah kulat pada muka disebabkan oleh moisturiser? Maksud saya penggunaan moisturiser boleh membuatkan kulat malassezia bertambah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada pertanyaan pertama, ia memerlukan penjelasan lanjut. Kedua, harus diketahui bahawa kulat malassezia furfur adalah kulat normal yang hidup di permukaan kulit. Ia hanya akan bertumbuh banyak dan menyebabkan masalah apa keadaan kulit tidak sihat seperti terlalu kering, berminyak dan kotor. Justeru, penggunaan pelembap (moisturiser) bertujuan untuk mempertahankan kelembapan kulit agar keadaan tidak kering dan tidak menyebabkan kulat tersebut bertumbuh.
Untuk info dan keterangan lanjut mengenai keluhan atau gejala kulit, silakan klik pada link (DoctorOnCall). Untuk bertanyakan mengenai ubat atau krim tadi, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.