
Sulit
3 tahun
Kulit naik bintik merah. Is it because of sensitive skin or eczema? apa punca bintik merah ni naik?
These past few days, my skin especially area lengan, kaki dan upper body naik bintik and gatal. Sapu cream pun tak hilang gatal tu and naik lagi bintik-bintik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kerunsingan anda tentang masalah bintik merah dan gatal pada kawasan kulit di lengan, kaki dan badan bahagian atas (upper body). Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Gigitan kutu
- Gigitan serangga terbangan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Ekzema
- Reaksi anaphlyaxis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit