
Sulit
4 tahun
Kulit pada batang zakar bengkak
kenapa kulit batang zakar saya bengkak tapi tidak terasa sakit, saya tidak pernah mmbuat hubungan intim, belum berkahwin, adakah cara mudah untuk merawatnya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bengkak yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan zakar - pada seluar dalam atau kain seluar
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulit (cellulitis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.