Anonymous
4 tahun
Kulit sensitif mengelupas akibat ubat jerawat
Saya Yana berumur 24. Kulit kombinasi. Saya Ada masalah kulit muka sensitif tegang dan mengelupas. Akibat Salah pakai produk dan saya Ada pakai krim jerawat. Buat kulit jadi seperti saya nyatakan tadi. Apa langkah saya perlu buat untuk hilangkan kulit muka mengelupas ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi. Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit muka mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit muka mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Kulit muka sangat kering
- Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai
- Alergi kemungkinan akibat penukaran pencuci muka dan sebagainya.
- Bekas luka pada kulit muka juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas.
Bagi mengetahui langkah dan rawatan yang diperlukan untuk masalah kulit mengelupas ini, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.