
aiarizal79
5 tahun
Kuman dalam darah adakah cara alternatif melalui pemakanan supplemen
Adik saya berumur 27thn skrng masih di wad ICU selama 14 hari disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah…
Dan masih tidak sedarkan diri.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jangkitan kuman dalam darah atau “sepsis” adalah kondisi yang membahayakan kesihatan dan perlu dirawat secara agresif oleh doktor dihospital dengan penggunaan antibiotik serta air yang mencukupi. Penggunaan suplemen adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri kandungan suplemen mengganggu ubat antibiotik yang diberikan oleh pihak hospital. Anda dinasihatkan agar untuk mengikuti rapat rawatan oleh pihak hospital kerana isu ini sangat penting ditangani bersama. Sekian.