Anonymous
6 tahun
Kuman dalam darah,gout,kencing manis dan sesak nafas
Saya bertanya bagi pihak abang saya yg berumur 45 tahun yg sedang mengalami penyakit diatas,.
Saya mahu bertanyakan kepada Dr berkenaan penyakit kuman dalam darah.
- untuk mengenalpasti kuman tersebut banyak ke masa yg diambil dan apakah solusinya,setakat ni penggunaan antibiotik yg disarankan.
- Ada Pelbagai jenis kuman ke yg masing2 memberi kesan yg berbeza terhadap pesakit.
3)Abang saya ada gout juga,kuman tersebut memberi kesan juga ke kepada gout yg dialami.
4)Sentiasa sesak nafas,nak demam yg berlarutan.
Ujian darah telah dibuat,tapi setakat ni belum ada penerangan yg detail…hanya diagnosis kuman dalam darah,
Patutkah pihak kami membuat ujian di hospital swasta atau mana2 hospital untuk lebih detail.mungkin pihak hospital yg dimana beliau berada sekarang full capacity menguruskan pesakit.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kuman dalam darah memerlukan sampel darah dihantar ke makmal dan ia bergantuk kepada senarai menunggu. Jika sikit sampel darah yang perlu diuji maka cepatlah. Selalunya ia tidak mengambil masa yang begitu lama.
Hospital kerajaan juga memmpunya fasiliti yang lengkap untuk menguruskan pesakit seperti hospital tertiari sebagai contoh hospital sungai buloh dan HUKM yang turut mempunya fasiliti dialisis dan sebagainya.
Kuman dalam darah memberi kesan yang hampir sama kepada pesakit meskipun kuman yang terlibat adalah berbeza. Rawatan kuman dalam darah juga sama cuma yang membezakannya adalah jenis antibiotik.
Kuman dalam darah tidak menjejaskan masalah gout. Namun kencing manis boleh menjadi penyebab kepada kuman dalam darah.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.




























