
Sulit
5 tahun
Kuman dan nanah dalam kaki
Assalamualaikum ayah saya kencing manis dan telah operation buang kaki jarinya, ayah saya harini bleeding lagi dan tadi xray tengok jari tulang kakinya dah patah… Adakah kuman dah makan dan menyebabkan tulangnya reput. Doktor suggest ayah saya operation dan potong jari kaki lagi. Ada solution lain ke doktor mohon penjelasan mengenai perkara ini doctor. Apakah pemakanan yang sesuai untuk membasmi kuman dalam kakinya & darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
- trauma
Untuk makluman anda, pesakit kencing manis memiliki risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada tulang dan luka sukar untuk sembuh. Daripada segi pemakanan, ayah anda harus mengambil makanan yang kurang kandungan gula, sihat dan kaya dengan protein.
Walaubagaimanapun, rawatan utama masalah ini adalah daripada segi perubatan seperti antibiotik, pembedahan dan rawatan oksigen.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.