
Sulit
5 tahun
Kuman gbs dikenalpasti
hai…sya berumur 26 tahun…sya telah buat pap smear dan swap test…pap smear sya negatif…tp swap test sya mnunjukkn ada kuman gbs…sblum nie sya mngalami keputihan kekuningn yg bnyk…doktr telah berikn sya antibiotik…tp wlau setelah 10 hari sya mkn tp masih jgk tidak kurang. sya bingung. dan apa yg ptut sya bt utk mnghilangkn kuman gbs nie dan cara utk mngelakkn brlaku kmbali…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain penggunaan antibiotik bagi membasmi kuman GBS, anda juga boleh amalkan beberapa langkah penjagaan kelamin seperti:
- Penggunaan antibiotik berlainan bagi kuman ini
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
- Mengambil makanan yang mengandungi probiotik tinggi seperti sayuran dan buahan berwarna gelap
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.