
Sulit
5 tahun
Kuning pada kulit bayi 24hari
Saya telah melahirkan bayi lelaki secara czer 24hri yg lepas… apa yg saya risaukan di sini adalah… kuning yang kelihatan pada kulit bayi saya… 2minggu setelah melahirkan nurse inform yang tidak perlu datang untuk cek kuning bayi lagi setelah turun ke paras 9.3… tetapi sehingga sekarang kuning masih kelihatan pada muka dan badan… berak kencing ok… menyusu pn ok…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seandainya bayi masih kuning setelah berusia 3 minggu, hal ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- akibat susu ibu
- hypothyroidism (kurang hormon tiroid)
- cholestasis (sumbatan pundi hempedu)
- pyloric stenosis (perut mengecil)
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, seandainya terdapat gejala tambahan seperti muntah, tak makan, demam dan lain-lain, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.