
Sulit
4 tahun
Kurang berat badan walaupun ada selera mkn
anak saya berumur 1thn5bln & menyusu badan sepenuhnya.sekarang brt bdn ank sya hanya 8kg,dia ada selera mkn,aktif,sudah becakap sdikit² mcm knk² biasa,saya sgt risau dia paling kecil d antara knk²lain walaupun jarak umur mereka cuma 1@2 bln shj, tdkbln hadapan dia ada temujanji utk suntikan bgi 1thn 6bln,saya risau anak saya ada masalah kesihatan yg sya tdk tahu ,saya juga bimbang pihak klinik atau doktor menyalahi saya kerana anak saya x cukup ketinggian terutama sekali berat bdn yg norml.buat msa skarang saya ada beri dia multivitamin ,2)slain multivitamin,apakah yg saya perlu lakukan utk mningkatkn brt bdn ank perempuan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan solusi mengenai masalah yang dialami oleh anda dan anak anda. Anda perlu mencuba pelbagai jenis kombinasi makanan dan pastikan ia merupakan pemakanan yang seimbang.
Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami masalah kurang berat badan:
- Jangkitan cacing
- Masalah jantung
- Kanser
- Kekurangan zat (malnutrition)
- Masalah struktur anatomi organ dalaman
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan mencari puncanya. Selain daripada itu, anda boleh berbincang dengan doktor mengenai keadaan anak anda untuk mencari solusi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.