
uonly321
5 tahun
Kurang buang air besar
Halu doktor kenapa selepas saya kena UTI saya kerap berak cair pastu kurang rasa nak berak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana, keterangan anda adalah kurang jelas dan sangat subjektif. Sebaiknya anda jelaskan berapa kali anda buang air besar sebelum ini dan setelah terkena UTI. Umumnya, seorang dewasa muda dianggap normal jika buang air besar sebanyak 3-4 kali seminggu yang bermaksud sekitar setiap 2 hari.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.