
Anonymous
4 tahun
Kurang darah merah-Talasemia
Saya wanita berumur 25 tahun. Baru2 nie saya mendapat tahu bahwa darah merah saya kurang dalam average 8. Dr memberitahu saya bahawa saya ada talasemia dan perlu cek darah lebih terperinci untuk mengetahui sama ada saya minor atau major talasemia. Oleh itu, saya ingin bertanya adakah penting untuk saya mengetahui saya di tahap mana? dan apa kesannya? adakah boleh membawa maut? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keraguan yang cik alami. Untuk pengetahuan cik, Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Kemungkinan cik menghidap talasemia dari gen keturunan ayah atau ibu cik.
Ianya penting untuk mengetahui sama ada cik tergolong dalam kategori minor atau major.
( Talasemia minor)- Pembawa gen talasemia
(Talasemia major) - Pesakit talasemia
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya manakala talasemia major akan menunjukkan simptom-simptom kurang darah merah dan memerlukan infusi darah setiap bulan seumur hidup
Jadi, ianya sangat penting untuk cik mengetahui sama ada cik ada lah pembawa atau pesakit talasemia yang memerlukan infusi darah tersebut. Mengetahui kategori ini juga sangat penting untuk mengelakkan anak nanti mendapat penyakit yang sama.
Jika cik mempunyai sebarang keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.