
Sulit
3 tahun
Kurang daya fokus/memori
saya remaja perempuan usia 19 thn dn bekerja sebagai pembantu rumah. saya memiliki masalah dlm mengingati atau melakukan kerja dgn fokus, saya mendapati diri sya tak boleh melakukan multitasking,saya juga sering digelar “lembab/blur” setiap kali gagal melakukan tugas dgn sempurna. saya juga menganggap diri saya sebagai “goldfish” yg memorinya hanya kekal 7 saat. adakah ada cara saya utk hadapi situasi ni atau cara utk kuatkan memori saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan setiap individu akan menunjukkan gejala dan tanda yang berbeza. Oleh itu, pemeriksaan perlulah dibuat terlebih dahulu.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
- Masalah dengan struktur otak dan gangguan neurokimia
*Persekitaran: - Masalah perhubungan
- Persekitaran yang kurang ceria
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.