
Sulit
4 tahun
Kurang Deria Bau sejak beberapa bulan yang lalu setelah batuk teruk yang melebihi tempoh 2 minggu
Salam Sejahtera,
Sy berumur 26 tahun, sy mempunyai masalah sy kurg deria bau sejak mengalami batuk yang teruk bbrapa bulan yg lalu… Sy ingatkan ia hanya seketika, namun ia berlanjutan… Sy hanya boleh bau ssuatu tu, jika sy meletakkan ssuatu brdekatan dgn hidung sy… Sy juga ada mslh plupa kbelakangan ni, sukar nk mgingat sesuatu sy biasa buat, tapi hanya utk bbrapa ketika shj.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kehilangan deria bau boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- selsema
- alahan
- jangkitan resdung
- kekurangan nutrisi dan vitamin
- masalah hormon
- polyp hidung
- ubat seperti antibiotik, anti-depressi
- penyakit Alzheimer
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.