
Sulit
3 tahun
Kurang deria rasa dan sakit
Saya wanita berumur 24 tahun… Kerap berlaku bila deria rasa berkurang… Cthnya makanan rasa smua tawar… Kalau garu tidak rasa lega… Pkul lengan atau mna2 anggota badan kurang rasa sakit… Tetap deria bau msih normal… Saya juga merasa sakit di mata kiri mencucuk berserta pening… Klau di tempat gelap tnpa cahaya mata seakan akan melihat petir… Berkelip mcm ada chaya terang dlm masa stiap 5 saat waktu pning…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kurang deria rasa serta beberapa gejala lain yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah sedemikian lazimnya boleh berlaku disebabkan oleh beberapa penjelesan seperti:
- Alahan terhadap sesuatu produk, cuaca atau persekitaran
- Polip hidung atau jangkitan kuman/fungus
Atau ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman / virus - misalnya COVID-19
- Benda asing di dalam saluran nafas dan mulut
- Gangguan psikologi
- Kanser otak
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.