
Sulit
4 tahun
Kurang eraksi walaupun makan ubat viagra
Saya pesakit kencing manis. Sebelum ini viagra menolong untuk eraksi. Srkarang viagra pun tidak memberi kesan. Tolong bagi nasihat apa perlu saya buat

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, mati pucuk terjadi apabila tubuh badan gagal mengenal pasti ransangan yang diberikan kepada alat kelamin, dan seterusnya gagal untuk menegangkan tisu alat kelamin yang membenarkan ereksi supaya berlaku.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Disebabkan anda mempunyai kencing manis, seperti yang dinyatakan, terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini.
Dengan mengawal dan merawat faktor-faktor yang boleh diubah, risiko mati pucuk dapat dikurangkan dan ia juga boleh merawat keadaan mati pucuk. Gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat turut membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah