Sulit
5 tahun
Kurang faham mengenai kesan noriday
Sy berumur 34 tahun, baru lepas bersalin secara czer anak ketiga bulan julai 2018. Selepas bersalin sy amik planning noriday(tempoh 3bulan) kemudian tukar ke regulon. Utk makluman Dr sms mkn regulon period spt biasa. Disember yg lalu SN suggest sy tukar ke noriday semula kerana sy mengalami simptom sakit kepala yg teruk, semasa tempoh seminggu stop regulon. Now sy last ubat 12/1/2020(strip) sblm mula strip baru on 13/1/2020. Mslh sy skrg sy x period lg. Hubungan intim spt biasa, ubat sy makan ikut jadual dan tempoh spt biasa(xde lewat@terlupa). Adakah ada kemungkinan sy pregnant @ ini mmg antara simptom kerana sy tukar ubat. Mohon pencerahan pandangan Dr. Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pil Noriday adalah seperti:
- Sakit kepala
- Kepeningan
- Kemuntahan
- Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
- Kesakitan payudara
- Keletihan
- Kenaikan berat badan
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi Terima kasih.



































