
Sulit
5 tahun
Kurang garam atau Hiponatremia
Saya wanita berumur 31tahun. Dulu ibu saya pernah mengalami hiponatremia dan kini sudah pulih setelah diberi rawatan. Pertanyaan saya ialah sekiranya seseorang itu mengalami hiponatremia yang tidak teruk,adakah ia dapat dirawat dengan memakan garam yang digunakan untuk memasak atau minum air garam ors?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hyponatremia adalah satu keadaan bila mana kandungan Natrium dalam tubuh berkurangan. Ia akan dirawat dengan menambah kandungan Natrium yang hilang sehingga kandungan tersebut mencapai target. Proses ini melibatkan nilai dan kuantiti yang tertentu. Justeru, perawatan bagi masalah ini memerlukan anda untuk mengambil darah dan menilai kandungan Natrium dalam darah sebelum dan selepas perawatan.
Bagi garam masakan pula, harus diketahui bahawa komponen kimia garam masakan terdiri atas campuran Natrium dan Chlorine. Hal ini tidak bertepatan dengan keperluan pengubatan kerana larutan garam tidak berhasil memecahkan garam tersebut kepada Natrium sahaja.
Bagi maklumat dan info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.