kirahosha25
4 tahun
Kurang kandungan gula dalam darah
Kalau kita tak cukup gula, kenapa badan kita berpeluh, batuk - batuk dan penat
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kurang gula dalam darah boleh menyebabkan gejala yang anda sebutkan adalah kerana sel-sel badan dalam keadaan lapar tanpa tenaga. Sel-sel badan memerlukan tenaga untuk berfungsi dan tenaga yang mereka gunakan berbentuk ‘simple sugar’ seperti glucose.
Ini tidak bermakna sel-sel badan menggunakan hanya gula pasir atau gula perang dan pemanis-pemanis lain. Badan mempunyai mekanisma untuk menukarkan bahan makanan kedalam bentuk ‘gula’ yang diperlukan sel.