
uonly321
5 tahun
Kurang membuang air besar
Doktor saya sebelum ada penyakit UTI lepas saya makan ubat ubatan yang diberi oleh doktor saya kurang rasa nak berak dalam seminggu tu 2kali je pastu bila berak satu hari sekali je kadang ada terasa nak berak tetapi bila sudah masuk dalam tandas hilang terua rasa nak berak adakah ubat yang saya makan itu punca semua ini, saya risau doktor kalau sebelum ni saya kalau lepas makan mesti berasa nak berak tapi bila kena UTI ni berak saya jadi lain dari sebelumnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan antibiotik
- kurang makan makanan berserat
- dehidrasi
- irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.