
memelyanyan
5 tahun
Kurang selera makan, mual, pening
Hai doktor saya mengandung anak sulung sudah masuk 14minggu 4 haru tapi kenapa babybump saya belum timbul adakah sebab saya kurang selera makan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
“Baby bump” pada dasarnya berbeza-beza mengikut individu seperti tinggi, berat badan dan juga saiz kandungan. Sekiranya anda tidak mengikuti sebarang temu janji kehamilan di klinik, anda dinasihatkan untuk mengikutinya untuk pemeriksaan kesihatan anda dan janin anda. Sekiranya anda tidak mempunyai selera makan, maka anda perlulah merujuk kepada doktor ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mengenalpasti punca kepada masalah kurang selera makan anda. Sekian