Sulit
2 tahun
Kurangkan/Berhenti minum ketum
Saya sudah minum ketum hampir 12tahun,jadi ingin berhenti minum, ramai makan ubat suboxone dan berjaya berhenti, saya pernah makan juga, diberi oleh kawan dan ubat itu mmg ok dgn saya, jadi sy ingin membeli jika ada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, ubat Suboxone hanya boleh diambil sekiranya ia dipreskripsikan oleh doktor. Kami memahami anda ingin menghentikan pengambilan ketum, oleh itu kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Anda boleh berhubung dengan kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.