
Anonymous
5 tahun
Kurap di celah kelengkang
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya menghidap penyakit kurap di celah kelengkang selama 8 tahun.sudah beli banyak ubat tapi tidak sembuh juga apakah rawatan yang perlu saya ambil bagi mengubati penyakit ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Ubat-ubatan ini memerlukan preskripsi dari doktor. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara privasi.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.