
einaelish
5 tahun
Kurap kelengkang pungung perut hampir 3 tahun
Saya mengidap penyakit kurap kelengkang perut pungung dah Hampir 3 tahun merebak besar…krim ecocort yg sy pki smpi skr masalanya Bila x sapu ubat kurap akn dtg balik mcmna sy sembuh…stress kalo dipikirkann

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, pihak saya memahami kerisauan anda terhadap gejala yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, memandangkan anda telah lama menghidap masalah ini dan ubat krim sapu tidak memberik kesembuhan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kulit anda ini dengan lebih lanjut agar rawatan lain boleh diberikan.
Untuk mengetahui tahap keseriusan masalah kulit yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Anda boleh rujuk kepada pakar kulit atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.