
Sulit
4 tahun
Kutil di bahagian dubur dan keluar cecair
mSaya lelaki sekitar umur 41 thn.masalah saya adalah dubur saya keluar cecair yang agak berbau,serta ketumbuhan kutil dibahagian alur dan sekitar dubur.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang yang tumbuh pada kulit anda boleh disebabkan:
Lebihan kulit - “skin tag”
Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
Lipoma - gumpalan tisu lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis - akibat jangkitan kuman
Bagi mengatasi masalah ini, puncanya perlu diketahui dahulu. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit juga untuk membuang ketumbuhan ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.