
nurulatiqahhassan6
4 tahun
Kutu Air di celah kaki
Hi Doktor, saya nak tanya di celah kaki suami saya kena kutu air, dah pergi farmasi beli unat & rendam dengan air garam setiap malam. Tapi sehinggi kini belum baik lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada celah jari kaki anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- Dermatitis alahan - pada peluh atau stokin
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
![legpain|500x300](upload://naoEJ5l4rY0FUoMmX2dAitHfI1y.jpeg