
Sulit
4 tahun
Labial fusion, lubang kemaluan tertutup
Anak saya berumur 1tahun 8bulan mengalami masalah labial fusion iaitu lubang vagina tertutup, tapi masih boleh kencing secara normal. 2 bulan lepas dah jumpa pakar, pakar dah bukak kan lekatan kulit tersebut menggunakan cotton bud dan vaseline, tanpa gunakan krim hormon walau diberi pilihan. Sekarang vagina anak saya seperti ada lekatan semula, dan saya bercadang untuk gunakan krim hormon, boleh ke kalau saya guna premarin cream untuk bukak lekatan di vagina anak saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Anda tidak disarankan untuk menggunakan krim yang anda nyatakan kerana krim tersebut mempunyai estrogen yang boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi anda. Anda boleh pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan selamat untuk bayi anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.