
Anonymous
6 tahun
Lambat datang bulan lebih dr 2 minggu, tidak hamil
Sy berumur 43 tahun, sepatutnya period sy datang pada 7hb April, tp smp hari ini masih tiada, sy ada membuat hubungan suami isteri pada 6hb April, Dn telah membuat pemeriksaan kehamilan… Is negatif… Apa yg patut saya buat kerana pinggang saya amat sakit

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!