
Sulit
3 tahun
Lambat injection perancang
Saya wanita berumur 30. Ingin bertanya. Adakah saya hamil jika lewat ambik perancang. Sepatutnya saya ambil perancang 15/9 tapi saya bersama dgn suami pada tarikh itu dan datang bulan pada keesokan harinya. 16/9 dan pergi ke klinik untu ambik perancang pada hari ke 5 saya dtg bulan. Means 21/9. Rasa sangat risau tentang ini kerana baby saya baru berusia 3 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang kombinasi mengandungi dua jenis hormon sintetik estrogen dan progesteron. Mereka berfungsi dengan meniru fasa luteal dalam kitaran haid. Hal Ini menghalang pembebasan LH dan FSH yang diperlukan untuk ovulasi. Selain itu, kontraseptif gabungan juga mengurangkan risiko kehamilan dengan menebalkan lendir serviks untuk mencegah sperma masuk serta menipiskan dinding endometrium untuk mengurangkan kemungkinan implantasi janin.
PIl ini harus diambil setiap hari pada masa yang sama. Namun, kelambatan beberapa hari tidak akan menjejaskan keberkesanan ubat tersebut.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.