
Sulit
4 tahun
Lambat naik apabila membina badan
Saya berumur 18 tahun saya ingin membina badan adakah dengan mengambil pil himalaya confido dapat mempercepat proses pembinaan otot?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda nyatakan adalah untuk membantu masalah seksual lelaki dengan meningkatkan jumlah sperma dan tahap testosteron.
Kami sarankan anda mengubah corak pemakanan anda seperti:
- Makan dengan kerap dan tingkatkan kuantiti
- Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang
- Lebih memakan protein seperti daging atau ayam
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.