
Anonymous
4 tahun
Langkah selepas keguguran
Hi doctor…saya hujung tahun lalu baru keguguran di usia 3 bulan…betul ke selepas kita gugur susah untuk kita hamil semula…saya jadi tertekan bila ad yg mgatakan sebegitu kepada saya…apa yang patut sy lakukan…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kemungkinan untuk hamil walaupun pernah mengalami keguguran adalah sama seperti wanita lain. Namun begitu, memandangkan anda pernah keguguran terdapat beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian.
- Beri peluang kepada diri anda untuk berehat sebelum merancang kehamilan berikutnya
- Dapatkan nasihat doktor sebelum merancang untuk hamil
- Ambil makanan yang sihat dan seimbang
- Pastikan emosi anda stabil
- Makan supplement folik asid sekurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan
- berbincang dengan pasangan mengenai kesediaan anda dan pasangan untuk kehamilan seterusnya
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.