
mybrunette90
4 tahun
Langkah untuk buat swab test
Hi doktor. Maaf nk tnya,sekolah ankbuah sy ade yg positive covid. And cikgu wssp minta parent hanta ank tmpt nk swab hari selasa. Kalau sy crik klinik yg bole buat swab n tau result terus,means sy still kena swab lg ke di tmpt swab kkm?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Umumnya, pemeriksaan COVID-19 terbahagi kepada beberapa jenis dan kaedah ujian makmal. Antaranya termasuk
- ujian antigen (rapid test)
- ujian antibodi (serology test)
- ujian DNA & PCR (molecular test)
Manakala sampel ujian lazimnya terdiri dari pengambilan sampel darah atau swab hidung & tekak. Yang jelas, kesemua kaedah ujian makmal dan jenis sampel mempunyai indikasi dan kadar deteksi yang berbeza.
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui tentang alternatif atau langkah selanjutnya yang lebih tepat. Seterusnya dapat menyesuaikan keadaan anda sekeluarga terhadap situasi semasa.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini