
Sulit
4 tahun
Lapisan hijau pada luka potong jari kaki
Nenek saya berusia 67 tahun menghidap diabetes mellitus selama 15 tahun. Baru2 ni jari kakinya dipotong. Tapi luka dia dr kata bermasalah. Ada lapisan hijau pada kaki dia. Ap ubat yang sesuai untuk buang lapisan hijau tu. Dr tak ada kata putus. Lain dr lain yang dia cakap.saya ada beli hydrosyn dgn dengan chitoheal gel. Hospital suruh tapi klinik kata x boleh guna.pliss help

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan mengenai masalah kehijauan pada luka yang berlaku pada nenek anda yang menghidapi penyakit Diabetes Mellitus. Untuk makluman anda, pesakit diabetes selalunya akan masalah dengan penyembuhan luka dan mudah dijangkiti kuman daripada orang yang sihat.
Kehijauan pada luka boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.
Kami tidak dapat memberi cadangan ubat yang sesuai dengan anda kerana kami memerlukan sejarah kesihatan dan siasatan lanjut bagi menamakan ubat yang sesuai untuk nenek anda yang tersayang kerana risiko alahan dan keberkesanan menjadi persoalaanya.
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar yang sedan merawat nenek anda dengan lebih lanjut dan mengikut rejimen ubat yang diberi oleh mereka. Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.