Sulit
3 tahun
Lapisan putih di lidah
Sy lelaki umur 28 tahun. Sy perasan dah lama di lidah ada lapisan putih di bahagian tepi lidah sebelah kiri tetapi kanan tiada…diatas permukaan lidah pun sy perasan ada putih…adakah ianya bahaya? Tq dr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lapisan putih di lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Candidiasis
- Linchen planus
- Leukoplakia
- Sifilis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.