
harumiisao
5 tahun
Larutan KMNO4 utk scabies
Assalamualaikum / Selamat sejahtera.
Anak saya dijangkiti scabies dari asrama dan agak susah untuk baik sepenuhnya kerana dijangkiti semula apabila pulang ke asrama. Doktor ada sarankan untuk mandi menggunakn diluted kmn04 selain guna sabun sulfur dan sapuan lotion scabies. Sejauh mana kmn04 membantu? Bolehkah jika larutan itu dibiar shj tanpa bilasan air biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Para doktor telah mempertimbangkan risiko kesan sampingan dan faedah preskripsi yang diberi. Oleh itu, anda harus mengikut arahan doktor sepenuhnya sebelum menukar regimen ubat. Larutan KMnO4 adalah untuk komplikasi jangkitan bakteria sekunder akibat permukaan kulit yang terjejas oleh Scabies. Anda tidak boleh sesekali menggunakannya tanpa larutan air kerana ia merupakan bahan kimia yang keras jika tidak dilarutkan.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak serta maklumat lanjut lain, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.