
Sulit
5 tahun
Laser muka bermasalah
saya berusia 18 tahun,saya seorang remaja yang mengalami masalah muka berjerawat,berparut dan bamyak lagi. Saya dah banyak mencuba produk dan hasilnya negatif…untuk itu saya mahu membuat laser untuk kulit wajah saya,adakah laser muka adalah salah satu rawatan yang terbaik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kenaikan jerawat pada muka boleh disebabkan perubahan hormon yang tidak seimbang, pori muka yang kotor, sejarah keluarga, merokok ataupun tekanan emosi. Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Bagaimanapun, apabila terdapat parut jerawat, parut jerawat tersebut boleh dihilangkan dengan beberapa cara dan antaranya adalah rawatan laser. Untuk jerawat yang sedang terjadi, jalan terbaik adalah mengelakkan jerawat tersebut daripada timbul dengan mengamalkan hal diatas serta anda boleh mengambil beberapa jenis ubatan krim dan ubat makan. Akan tetapi, ubat ini adalah tergantung kepada rekomendasi doktor. Justeru, anda disarankan untuk merujuk doktor berkenaan masalah jerawat ini.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.