
Anonymous
5 tahun
Latent TB dan pregnancy
Assalamualaikum dan selamat malam Saya wanita berusia 31 tahun. pada bulan 2 sy didapati mempunyai latent tb. Jd sy telah diberikan ubat Pyridoxine dan isoniazid. Baru ini haid sy lewat 3 hari dan sy telah membuat pemeriksaan pregnancy test dan mndapat kputusan double line. walaubagaimanapun mlm ketiga darah sy keluar seperti haid dan bukan spot. adakah sy perlu berhenti mngambil ubat latent tb dan adakah ubat tersebut mnyumbang kpd kesan pregnancy sy atau janin sy…mohon pencerahan
terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda. Oleh sebab infeksi tuberculosis anda adalah pada fasa “latent” anda harus mengambil ubat ubat seperti isoniazid dan pyridoxine untuk menyembuhkannya.Namun oleh sebab kehamilan anda harus berwaspada akan kesan sampingan ubat tersebut dan adalah amat disarankan untuk anda mengabilnya selepas mendapat pandangan daripada pakar untuk keselamatan bayi dan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih